Ketika acara EA Play Live hari ini, Respawn Entertainment telah mengumumkna acara masa terhad terbaru untuk Apex Legends iaitu Lost Treasure Collection yang akan berlangsung dari 23 Jun Sehingga 7 Julai.
Antara kandungan yang akan tiba ketika acara ini adalah mod masa terhad iaitu “Armed and Dangeours Evolved” di mana ia akan hanya menyertakan Sniper Rifle dan Shotgun sahaja.
Selain itu, untuk perisai, hanya Evo Armor disertakan. Selain itu, di dalam mod ini, alat baru juga disertakan iaitu Mobile Respawn Beacon di mana anda boleh memangil Respawn Beacon di mana sahaja anda berada untuk menghidupkan semula rakan.
Seperti biasa, bersama dengan acara masa terhad ini, ia juga akan menyertakan Event Prize Track dan juga kostum baharu.
Mereka juga mengumumkan yang Apex Legends akan dikeluarkan untuk Switch dan Steam serta akan menyokong fungsi rentas platform dengan kesemua platform iaitu PlayStation 4, Xbox One, PC dan Switch pada suku keempat tahun ini.