Ghostbusters: Afterlife adalah filem sekuel Ghostbusters yang akan ditayangkan pada tahun lepas. Ia adalah sekuel secara terus kepada Ghostbusters 2 dan akan memfokuskan kepada watak kanak-kanak dan adalah dilihat lebih seram dan serius. Filem ini akan ditayangkan pada Jun tahun hadapan.

Reebok baru-baru ini telah melancarkan dua kasut edisi khas dengan tema filem ini dan juga bersempena dengan Hari Halloween, iaitu Ghost Smasher dan juga versi klasik dengan bahan kulit.

Ghost Smasher

Ghost Smasher sebenanrnya adalah nama asal bagi filem Ghostbusters mengikut skrip Dan Aykroyd. Kasut ini menggunakan tema tahun 80-an yang lusuh, menyertakan faux OG Pump proton pack yang boleh ditanggalkan, logo Reebok yang telah diconteng dengan tanda amaran serta logo “No Ghost” dengan tulisan tangan. Secara keseluruhan, kasut ini mengikut tema alat menangkap hantu yang digunakan oleh pasukan Ghostbusters.

Harga jualan adalah $150, iaitu sekitar RM623.

Classic Leather

Kasut kedua adalah rekaan yang asas sahaja dengan bahan diperbuat daripada kulit. Ia menggunakan tema sut yang dipakai oleh pasukan Ghostbusters. Turut terdapat rekaan seakan jalur amaran warna kuning/hitam yang klasik, perkataan “Ready To Believe”, terpaparnya nombor telefon Ghostbusters, dan sedikit elemen Proton Pack. Logo Ghostbusters turut diletak pada bahagian lidah kasut.

Harga jualan adalah $100, iaitu sekitar RM415.

Leave a Reply