Filem Ghostbusters: Afterlife adalah sekuel secara terus dari filem Ghostbusters 2. Ia adalah 30 tahun tiada kejadian dari filem Ghostbuster 2. Filem ini dilihat lebih seram, serius dan mungkin turut lucu, kerana aksi kanak-kanak dan juga kemunculan Mr. Grooberson – yang dilakonkan oleh Paul Rudd (Ant-Man).
Filem ini sepatutnya ditayangkan pada 7 Oktober lalu, tetapi disebabkan Covid-19 ia ditunda kepada 5 Mac 2021. Terkini, Sony sekali lagi menunda filem ini. Ia kini akan ditayangkan pada 11 Jun 2021.
Filem ini turut menyertakan watak Trevor lakonan Finn Wolfhard (Mike dalam Stranger Things) pelakon asal seperti Bill Murray dan Dan Aykroyd akan kembali sebagai Peter Venkman dan Dr. Raymond Stantz.
Sumber: THR