Ubisoft dan Apple minggu ini melancarkan kandungan baharu buat permainan Rayman Mini khas di langganan Apple Arcade.

Melalui kandungan ini, Ubisoft menyatakan akan terdapat 20 peringkat tambahan baharu bersama mod muzik khas yang mana pemain perlu bergerak mengikut rentak muzik. Seperti biasa, mod baharu ini juga akan menyertakan pelbagai ganjaran kostum tambahan yuang pemain boelh dapatkan.

Rayman Mini boleh dimainkan melalui peranti iOS dengan langganan Apple Arcade di mana ia berharga RM19.90. Sebelum ini, Apple juga umum tawaran khas langganan bersama servis Apple yang lain dengan harga langganan yang sama.

Sohor Kini