Taman Tema Super Nintendo World sepatutnya dibuka pada tahun ini, tetapi oleh kerana wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia, pembukaannya terpaksa ditunda.

Nintendo hari ini telah mengumumkan bahawa Super Nintendo World akan dibuka sebagai sebahagian daripada Universal Studios Japan Osaka pada musim bunga tahun hadapan.

Keunikan Super Nintendo World ini termasuklah kehadiran watak-watak dan lokasi-lokasi permainan video Nintendo dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung.

Nintendo mengatakan pengunjung sendiri akan berasa seperti mereka berada dalam sebuah permainan video, dimana mereka boleh bertarung dengan watak bos, dapatkan mata ganjaran dan sebagainya.

Sebelum pembukaan taman tema itu, Nintendo akan membuka sebuah kedai saguhati dan kafe di Universal Studios Japan pada 16 Oktober kelak untuk membolehkan orang ramai mencuba sedikit pengalaman ke Super Nintendo World apabila ia dibuka kelak.

Leave a Reply