Skip to main content

Super Nintendo World merupakan taman tema berdasarkan dunia permainan Nintendo yang bertapak di Universal Studio Japan, Osaka.

Selepa beberapa tahun dibina, ia akhirnya akan dibuka pada suku ketiga tahun ini, sebelum acara sukan Olimpik bermula di Jepun iaitu pada 24 Julai 2020.

Bersempena dengannya, Nintendo telah berkongsi satu video muzik, untuk lagu berjudul We Are Born to Play oleh Galantis dan Charli XCX. Ia adalah lagu yang mengambil “sample” daripada muzik permainan Nintendo. Anda boleh menonton video ini di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=fTSA709zNzY

Melalui video ini, diperlihatkan yang taman tema Nintendo ini akan mempunyai aplikasi dan juga gelang tangan khusus yang boleh disambung dengan aplikasi untuk taman tema tersebut. Ia menjanjikan pengalaman yang interaktif.

Bahkan Nintendo mengatakan ia adalah bagaikan bermain permainan Nintendo secara nyata. Selain daripada Jepun, taman tema ini juga diumumkan akan tiba di Amerika Syarikat dan juga Singapura tetapi tiada tarikh lagi buat masa ini.

Leave a Reply