Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan Oktober 2020 yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One, satu permainan Xbox 360 dan satu permainan Xbox.
Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:
- Slyaway Camp: Buther’s Cut – Boleh ditebus dari 1 hingga 31 Oktober
- Maid Of Sker – Boleh ditebus dari 16 Oktober hingga 15 November
- Sphinx And The Cursed Mummy – Boleh ditebus dari 1 hingga 15 Oktober
- Costume Quest – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 Oktober
Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM248) untuk 12 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan Xbox Game Pass, melalui Xbox Game Pass Ultimate yang mana turut akan menyertakan fungsi xCloud, iaitu penstriman permainan-permainan Xbox di peranti Android.
Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Oktober ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan September, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.