Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan September 2020 yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One, satu permainan Xbox 360 dan satu permainan Xbox.

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:

  • Tom Clancy’s The Division – Boleh ditebus dari 1 hingga 30 September
  • The Book Of Unwritten Tales 2 – Boleh ditebus dari 16 September hingga 15 Oktober
  • De Blob 2 – Boleh ditebus dari 1 hingga 15 September
  • Armed And Dangerous – Boleh ditebus dari 16 hingga 30 September

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan Xbox Game Pass, melalui Xbox Game Pass Ultimate yang diumumkan sebelum ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang September ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan Ogos, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.

Sohor Kini