Kandungan tambahan terbaru permainan looter-shooter popular Destiny 2 yang dinamakan Beyond Light bakal hadir pada 10 November kelak. Untuk mengumumkannya, Bungie telah memperlihatkan video acah baru yang memperlihatkan beberapa fakta menarik mengenai kandungan ini.

Didalam Beyond Light, pemain akan ke Europa, iaitu sebuah bulan yang mengelilingi planet Musytari bersama-sama dengan Drifter dan Eris Morn daripada kandungan tambahan sebelum ini, Shadowkeep untuk menghentikan musuh-musuh baharu yang sedang dibangunkan di planet tersebut.

Selain daripada kandungan penceritaan baru, Beyond Light juga menawarkan kandungan raid 6 orang baharu yang dinamakan Deep Stone Crypt, dimana anda bukan sahaja akan berlawan dengan musuh baru, tetapi juga menerima senjata-senjata baharu.

Dengan kandungan ini juga, kelas-kelas pemain akan menerima sokongan sub-kelas Stasis untuk kelas-kelas Titan, Warlock dan Hunter.

Seperti yang dikatakan, Destiny 2: Beyond Light akan tiba di platform-platform Steam, Sony PlayStation 4 dan Microsoft Xbox 360 pada 10 November kelak. Di Steam, ia boleh di pra-tempah untuk harga RM160.

Sohor Kini