Semalam, Bungie memperlihatkan video acah baharu buat permainan Destiny 2 bagi kandungan Beyond Light yang akan tiba November ini.

Melalui video acah tersebut, Bungie memperlihatkan kemahiran subkelas baharu buat pemain iaitu Stasis di mana ia adalah elemen baharu yang pemain boleh gunakan bersama Arc, Solar dan Void ketika bertempur.

Bagi anda yang ingin mengetahui lagi informasi lanjut berkenaan pernambahan ini, anda boleh ke artikel ini. Bagi video acah subkelas Stasis tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.

Destiny 2 sudah dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Bagi kandungan Beyond Light, ia akan dilancarkan pada 10 November 2020 ini.

Sohor Kini