Sony kini telah mengumumkan penawaran satu lagi berkas baru untuk PlayStation 4, iaitu berkas yang dinamakan sebagai DualShock 4 Wireless Controller EA Sports FIFA 21 Voucher Bundle.

Berkas ini hadir dengan sebuah kad baucar untuk permainan EA Sport FIFA 21, kad baucar untuk FIFA 21 Ultimate Team, akses 14 hari percubaan untuk PlayStation Plus, dan juga sebuah alat kawalan DualShock 4 berwarna Jet Black.
Seperti ramai sedia maklum, permainan EA Sport FIFA 21 mempunyai peminatnya tersendiri, dan berkas ini membolehkan anda mendapatkan permainan tersebut, sebuah alat kawalan dan baucar tambahan.
Di Malaysia, berkas permainan ini akan ditawarkan mulai 9 Oktober 2020 pada harga RM399.