Nampaknya pihak Disney dan Marvel sudah bersedia dalam mengembangkan lagi siri MCU untuk Disney+. Akhirnya selepas lebih setahun diumumkan, siri TV She-Hulk menerima pengarah dan mungkin akan memulakan penggambaran seawal tahun 2021.

She-Hulk adalah salah satu watak Hulk versi wanita dalam komik Marvel. Watak yang memegang She-Hulk ini adalah Jennifer Walters, iaitu saudara kepada Bruce Banner (The Hulk). Disebabkan kecemasan, Bruce Banner telah menderma darah kepada Jennifer dan memberi kuasa The Hulk kepada beliau. Tetapi berbeza dengan Bruce, She-Hulk masih mempunyai kepintaran dan personaliti beliau ketika berubah.

Kat Coiro iaitu pengarah untuk beberapa siri TV di Amerika Syarikat dilaporkan telah dilantik oleh Disney untuk mengarah siri TV She-Hulk ini. Penulis bagi siri TV ini adalah Jessica Gao, iaitu salah seorang penulis bagi siri animasi Rick & Morty. Pembangunan siri TV ini masih di peringkat awal lagi, tetapi laporan dari The Direct menyatakan yang skrip sudah siap sejak bulan Julai lalu dan penggambaran mungkin akan bermula pada awal tahun 2021. Namun, tiada pengesahan lagi sama ada adalah ia benar ataupun tidak.

She-Hulk adalah antara siri TV baharu MCU untuk Disney+ yang diumumkan bersama-sama Ms. Marvel dan Moon Knight pada tahun lepas. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini