Twitch mengumumkan bahawa perkhidmatan penstriman karaoke Twitch Sings akan ditutup pada 1 Januari 2021 kelak untuk membolehkan syarikat tersebut memfokuskan kepada ciri-ciri lain yang lebih memanfaatkan penstrim muzik pada platform tersebut.

Twitch Sings dibangunkan dengan kerjasama pembangun permainan muzik Harmonix yang membolehkan sesiapa saja menstrim sesi karaoke untuk tontonan umum pada platform Twitch.

Twitch mempunyai kategori Music dimana ia mempunyai 3.6 juta pengikut. Walaupun begitu, jumlah pengguna dan pengikut Twitch Sings hanyalah seramai 160,000 pengguna dimana ia adalah sangat sedikit berbanding dengan jumlah pengikut kategori tersebut.

Walaupun begitu, Twitch mengeluarkan kenyataan bahawa buat masa ini, pengguna Twitch Sings masih boleh menikmati perkhidmatan tersebut sehingga hujung tahun ini dengan memperkenalkan lebih banyak lagu sebelum ia dimatikan kelak.

Leave a Reply