Bohemia Interactive minggu ini mengumumkan permainan penembak “Looter Shooter” Vigor akhirnya akan dilancarkan secara rasmi di konsol Switch pada 23 September 2020 ini secara percuma.

Vigor sebelum ini telah pun dilancarkan secara bersama pek “Founder” yang memerlukan pemain untuk membelinya untuk mengakses permainan tersebut. Melalui pelancaran versi percuma, pemain kelak akan terus boleh bermain dan tidak lagi perlu beli pek “Founder” untuk mengaksesnya.

Permainan ini sebelum juga ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan Ppada masa yang sama, Bohemia Interactive juga mengumumkan versi PlayStation 4 buat permainan turut akan tiba pada 25 November 2020 ini. Manakala bagi versi PlayStation 5, Bohemia Interactive menyatakan ia hanya akan tiba sekitar penghujung tahun ini.

Vigor merupakan permainan penemak “Looter Shooter” di mana ia memfokuskan pemain untuk mencari barangan untuk terus hidup berdasarkan lokasi pasca-apokalitik Norway. Dengan pelbagai senjata dan bentuk pembinaan pangkalan, pemain juga akan bertempur dengan pemain lain untuk berebut barangan yang terhad di dalam dunia permainan ini.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan ini secara percuma, anda boleh berbuat demikian pada penghujung bulan ini.

Sohor Kini