Ramai orang akan mengatakan bahawa industri penstriman video sudah terlalu sarat. Tetapi Ryan Reynolds bukan orang tersebut. Beliau baru sahaja memperkenalkan perkhidmatan penstrimannya sendiri yang dinamakan Mint Mobile+.

Mint Mobile+ ialah sebuah laman web penstriman atas talian yang boleh diakses melalui platform desktop dan mudah-alih yang memperlihatkan filem-filem lakonan Ryan Reynolds.

Buat masa ini, Mint Mobile+ hanya mempunyai satu filem sahaja yang bertajuk Foolproof, iaitu filem DVD yang dikeluarkan pada tahun 2003 sebelum Ryan Reynolds menjadi popular.

Sayangnya, perkhidmatan penstriman ini, walaupun kelihatan cukup baik, ia hanyalah sebuah parodi kepada perkhidmatan penstriman seperti Disney+, dan akan dipadamkan apabila hujung minggu ini berakhir.

Jika and berminat untuk menonton filem Foolproof secara percuma, anda boleh ke laman web Mint Mobile+ sekarang.

Leave a Reply