Embracer Group iaitu syarikat induk untuk studio pembangunan seperti THQ Nordic, Saber Interactive dan Koch Media hari ini mengumumkan yang mereka mengambil alih dua studio pembangunan iaitu New World Interactive, pembangun Insurgency dan 4A Games pembangun siri permainan Metro.
Kedua-dua studio tersebut akan ditempatkan di bawah Saber Interactive menyertai studio Saber Interactive dan Saber Porto. Kos pengambilalihan untuk New World Interactive tidak dikongsi manakala 4A Games dilaporkan bernilai $71 juta.
New World Interactive dikatakan mempunyai 2 projek iaitu Insurgency Sandstorm untuk konsol dan permainan baharu yang tidak diumumkan lagi. Begitu juga dengan 4A Games, mempunyai projek permainan multi-pemain dan permainan solo baharu.