Skip to main content

Permainan Rocket League keluaran Pysonix hadir pada pelbagai jenis platform, termasuklah PC, PS4, Xbox dan Switch. Diantara ciri yang paling diminta oleh peminat-peminat permainan ini ialah kebolehan untuk bermain bersama-sama dengan pemain pada platform-platform yang berbeza.

Menurut Psyonix, untuk memudahkan proses permainan antara platform, anda akan memerlukan akaun Epic Games. Psyonix akan menggunakan perkhidmatan Octane untuk menyelarikan kesemua akaun-akaun Rocket League pada kesemua platform permainan.

Untuk ini, anda akan perlu memilih satu akaun utama, dan seelok-eloknya, anda patut memilih akaun yang paling lama digunakan, ataupun akaun dengan tahap yang tertinggi. Anda kemudiannya akan diminta untuk memautkan akaun-akaun Rocket League pada akaun utama ini supaya akaun-akaun tersebut akan diseragamkan dengan butiran pada akaun utama anda.

Melalui laman web Rocket League, Psyonix turut memperlihatkan kandungan-kandungan tambahan yang boleh digunakan pada platform-platform berbeza. dan juga kandungan yang terhad kepada satu-satu platform sahaja.

Kemaskini besar musim panas ini akan memperlihatkan permainan Rocket League menjadi percuma untuk semua platform, disamping memperkenalkannya untuk Epic Games Store.

Leave a Reply