Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Mengesahkan Mod Multi-Pemain Halo Infinite Adalah Percuma Di Konsol Xbox Series X
PC

Microsoft Mengesahkan Mod Multi-Pemain Halo Infinite Adalah Percuma Di Konsol Xbox Series X

Diterbitkan pada Ogos 2, 2020 oleh .

Microsoft dan 343 Industries hari ini menyatakan yang mana mod multi-pemain bagi permainan penembak akan datang Halo Infinite akan tiba secara percuma di konsol Xbox Series X.

Menariknya, mereka juga mengesahkan permainan tersebut akan menyokong kadar bingkai sesaat sehingga 120FPS di konsol yang sama.

Namun, buat masa ini informasi lanjut berkenaannya tidak diumumkan termasuklah sama ada versi PC juga turut akan tiba dengan mod multi-pemain secara percuma. Menurut Microsoft, informasi lanjut akan diumumkan kemudian.

Halo Infinite akan dilancarkan buat konsol Xbox One, Xbox Series X dan PC sekitar penghujung tahun ini dan ia juga akan tiba melalui langganan Xbox Game Pass. Informasi lanjut permainan ini boleh dilihat di sini.


TIPS & ULASAN