Disney baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka kini mempunyai 65 juta pelanggan di negara-negara dimana perkhidmatan Disney+ beroperasi seperti Amerika Syarikat, beberapa negara di Eropah dan India.
Terkini, Disney nampaknya bakal mengorak langkah ke rantau Asia Tenggara, kerana mereka baru sahaja membuka sebuah akaun Twitter baru dibawah nama Disney+ Hotstar ID, yang menandakan bahawa mereka akan membawa perkhidmatan tersebut ke Indonesia.
Akaun Twitter tersebut mengeluarkan satu ciapan dimana mereka mengumumkan bahawa perkhidmatan penstriman video tersebut akan mula beroperasi di Indonesia bermula 5 September 2020.
Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi apakah pelan harga untuk Disney+ di pasaran Indonesia.