Skip to main content

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa para pembangun asal siri JRPG Suikoden, iaitu Yoshitaka Murayama dan sebagainya telah membangunkan studio mereka sendiri, Rabbit & Bear Studios untuk membangunkan siri JRPG baru yang dinamakan Eiyuden Chronicle.

Hanya selepas beberapa jam laman Kickstarter Eiyuden Chronicle tersebut dilancarkan, sasaran studio tersebut, iaitu sekitar $500,000 (~RM2.0 juta) dalam masa beberapa jam sahaja.

Sewaktu laporan ini ditulis, Rabbit & Bear telahpun menerima dana sebanyak $1.4 juta (~RM5.6 juta) iaitu hampir tiga kali ganda apa yang diperlukan untuk membangunkan permainan ini.

Buat masa ini, Eiyuden Chronicle akan tiba untuk platform PC sahaja, tetapi studio tersebut tidak mengetepikan kemungkinan untuk menambah sasaran tambahan untuk membangunkan permainan ini untuk platform Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X juga.

Permainan ini dijangka akan dilancarkan pada Oktober 2022.

Leave a Reply