Informasi Permainan Video Terkini
Fall Guys Dan Call of Duty Modern Warfare 2 Kini Boleh Dimuat Turun Untuk PS Plus

Fall Guys Dan Call of Duty Modern Warfare 2 Kini Boleh Dimuat Turun Untuk PS Plus

Diterbitkan pada July 28, 2020 oleh .

Kemaskini, 4 Ogos: Fall Guys: Ultimate Knockout juga kini boleh dimuat turun secara percuma bagi pelanggan PS Plus. Pautan kami sertakan di bawah.

PS Store: Fall Guys: Ultimate Knockout

Kemaskini: Call of Duty Modern Warfare 2 Campaign Remastered kini boleh mula ditebus dan dimuat turun, dan tawaran ia adalah sehingga 31 Ogos. Fall Guys masih lagi akan tiba 4 Ogos ini.

PS Store: Call of Duty Modern Warfare 2 Campaign Remastered

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Ogos 2020 ini untuk pelanggan Malaysia.

Terdapat 2 permainan yang diumumkan di mana pemain boleh mula memuat-turunnya bermula 4 Ogos sehingga 3 September 2020 ini. 3 Permainan tersebut adalah:

  • Call of Duty Modern Warfare 2 Campaign Remastered
  • Fall Guys: Ultimate Knockout

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma PlayStation Plus bagi bulan Julai anda boleh memuat-turunnya sehingga 3 Ogos ini.


TIPS & ULASAN