Kemaskini: Ketiga-tiga permainan untuk PlayStation Plus bagi bulan Julai kini boleh dimuat turun menggunakan pautan kami sertakan di bawah, ataupun dengan mengakses PS Store melalui konsol anda.
[download]PS Plus: NBA 2K20[/download] [download]PS Plus: Rise of the Tomb Raider[/download] [download]PS Plus: Erica[/download]Artikel asal: Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Julai 2020 ini untuk pelanggan Malaysia di mana ianya juga adalah bersempena dengan ulang tahun PlayStation Plus yang ke-10.
Terdapat 3 permainan yang diumumkan di mana pemain boleh mula memuat-turunnya bermula 7 Julai sehingga 3 Ogos 2020 ini. 3 Permainan tersebut adalah:
- Rise Of The Tomb Raider: 20 Year Celebration
- NBA 2K20
- Erica
PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.
Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma PlayStation Plus bagi bulan Jun anda boleh memuat-turunnya sehingga 6 Julai ini.