PlayStation hari ini mengumumkan permainan dunia terbuka oleh Sucker Punch Ghost of Tsushima telah terjual sebanyak 2.4 juta unit selepas 3 hari dikeluarkan iaitu hujung minggu pertama. Pencapaian tersebut adalah rekod untuk permainan dengan IP baharu oleh PlayStation Studios.
Ini dengan kata lain, mereka telah memecahkan rekod untuk dua bulan berturut-turut, The Last of Us Part II sebelum ini memecah rekod untuk permainan eksklusif paling laris dengan 4 juta unit dalam masa 3 hari.
Ghost of Tushima adalah pencubaan yang berani oleh Sucker Punch untuk membawa IP baharu, dan nampaknya ia telah membawa keputusan yang sangat baik. Kami sendiri ada mengeluarkan ulasan untuk permainan ini, walaupun ada beberapa masalah teknikal dan penceritaan yang biasa tetapi ia masih lagi satu permainan dunia terbuka yang baik.