Skip to main content

Sony hari ini mengumumkan yang The Last of Us Part II adalah permainan eksklusif untuk PS4 terlaris apabila terjual melebihi 4 juta unit setakat 21 Jun iaitu selepas 3 hari pelancaran.

Ia mengatasi rekod yang dipegang oleh Marvel’s Spider-man iaitu sebanyak 3.3 juta unit selepas tempoh yang sama. Kali terakhir kami laporkan, Spider-man telah terjual sebanyak 13.2 juta unit pada Ogos tahun lepas, dan ia adalah mungkin satu jumlah yang kita boleh jangkakan juga untuk The Last of Us Part II.

The Last of Us Part II sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4. Ia adalah permainan susulan yang berani bagi kami dan anda boleh baca ulasan penuh di pautan ini.

Leave a Reply