Netflix telah melancarkan filem Old Guard pada minggu lepas yang menceritakan tentang askar-askar upahan abadi yang dibintangi Charlize Theron.
Bermula hari ini, Netflix juga akan melancarkan sebuah permainan penembak atas-ke-bawah berdasarkan laman web bertemakan filem Old Guard tersebut.
Laman web ini hanya akan dibuka sepanjang hujung minggu ini, dan pemain yang mendapatkan skor tertinggi pada penghujung sesi permainan tersebut akan memenangi langganan Netflix percuma selama 1000 bulan.
Sebagai konteks 1000 bulan juga adalah sepanjang 83 tahun dimana ia boleh dikatakan bahawa ini adalah langganan sepanjang hayat. Jika anda ingin mencuba nasib anda, anda boleh layari laman web permainan Old Guard disini.