Skip to main content

Assassin’s Creed Valhalla akan tiba untuk semua platform permainan pada bulan November kelak, tetapi Ubisoft nampaknya masih lagi akan mengemaskini permainan Assassin’s Creed mereka sebelum ini, iaitu Assassin’s Creed Odyssey.

Kemaskini 1.5.4 akan hadir dengan beberapa pembaikan dalam permainan yang minima, tetapi apa yang menarik mengenai kemaskini ini ialah ia turut akan hadir dengan pengumuman mengenai kandungan set perisai baru berdasarkan permainan Valhalla tersebut.

Set perisai ini dinamakan Northern Traveller Set, dan ia dikatakan hadir dengan kostum yang sama dilihat didalam video acah Assassin’s Creed Valhalla, dan hadir dengan senjata kapak yang diperlihatkan juga.

Kemaskini tersebut dikatakan tiba hari ini, tetapi butiran mengenai set kostum tersebut akan diperlihatkan kemudian. Ia dijangka akan diperkenalkan melalui kedai dalam-permainan dan boleh dibeli untuk harga yang akan ditetapkan.

Leave a Reply