Semalam kami telah melaporkan bahawa Lego akan bekerjasama untuk memperkenalkan model replika konsol Nintendo Entertainment System yang lengkap dengan televisyen retro.

Lego Malaysia telah mengesahkan bahawa model Lego tersebut akan memasuki pasaran tempatan pada bulan hadapan bersama-sama dengan Lego Mario Starter Course yang diperkenalkan awal tahun ini.

Replika Lego NES ini terdiri daripada konsol Nintendo Entertainment tersebut, alat kawalan permainan, katrij permainan dan juga televisyen retro yang memperlihatkan satu tahap permainan Super Mario Brothers.

Ia juga disahkan bahawa Lego NES ini akan hadir dengan 2646 buah blok Lego, dan akan dijual pada harga RM949. Menurut Lego Malaysia lagi, Lego NES ini akan dijual secara eksklusif di LEGOLAND dan juga kedai-kedai Lego Certified Store bermula 1 Ogos kelak.

Sohor Kini