Seperti yang semua sedia maklum, Ruby Rose telah meninggalkan Batwoman dan berhenti melakonkan watak Kate Kane/Batwoman. Ruby Rose tidak tahan dengan masa kerja yang terlalu lama, jika dibandingkan dengan siri TV lain yang beliau terlibat. Perkara ini menjadikan siri TV Batwoman, tiada watak utama. Menjadikan orang ramai tertanya, siapakah pelakon seterusnya yang akan memainkan watak Kate Kane/Batwoman.
Dukacita dimaklumkan, ada kemungkinan besar watak Batwoman dalam siri TV ini bukan lagi Kate Kane. Asal-usul, kisah sebenar bagaimana Batwoman itu menjadi Batwoman mungkin akan ditulis kembali. Menurut sumber, watak yang akan menjadi Batwoman dalam musim baru siri TV ini adalah Ryan Wilder. Perkara ini mungkin menjadikan orang ramai keliru, kerana dalam sejarah DC tiada watak yang memegang nama Ryan Wilder. Kemudian, Batwoman adalah Kate Kane kerana beliau adalah sepupu kepada Bruce Wayne dan mudah mempunyai akses kepada Wayne Tower. Jadi, bagaimana watak baru ini akan mempunyai akses kepada Wayne Tower dan berganding bahu dengan Luke Fox?
Bukan itu sahaja, kekuarga Kane itu sendiri memainkan peranan besar dalam Batwoman. Jadi, aoa yang Ryan boleh berikan bagi menggantikan watak Kate Kane? Watak Ryan Wilder ini dikatakan adalah berbeza dengan Kate Kane. Ryan mempunyai perwatakan yang lebih dungu, pernah mengedar dadah, kerap larikan diri dari polis, sembunyikan masalah diri dengan melalukan perkara tidak baik – tetapi beliau adalah individu yang baik hati seperti mencuri untuk membantu kuncing jalalan. Dari segi keberanian, beliau amat berani bergaduh, mamou bertumbuk dengan tangan begitu sahaja dan adalah tidak disiplin tetapi ada sifat kewiraan.
Ini sebenarnya bukan kali pertama The CW mencipta watak baru untuk siri TV DC mereka dalam dunia Arrowverse. Antara yang menarik pada kami adalah Harrison Wells dalam The Flash. Walaupun tiada dalam komik, tetapi watak itu serasi dan menjadikan jalan cerita lebih menarik. Jadi tidak mustahil jika The CW ingin mencipta watak baru untuk Batwoman pula. Cuma, bagaimana watak ini akan diperkenalkan masih tidak diketahui dan juga masih tiada pengesahan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.