Informasi Permainan Video Terkini
Sebab Ruby Rose Tinggalkan Batwoman Adalah Kerana Jam Bekerja Yang Terlalu Lama

Sebab Ruby Rose Tinggalkan Batwoman Adalah Kerana Jam Bekerja Yang Terlalu Lama

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Semalam, peminat siri TV Batwoman dikejutkan dengan Ruby Rose meninggalkan siri TV tersebut. Siri TV dalam dunia Arrowverse ini baru sahaja tamat musim pertama dan watak utamanya telah berhenti berlakon. Berbeza dengan Stephen Amell yang memainkan watak Arrow selama 8 tahun, Melissa Benoist yang memainkan watak Supergirl selama lima tahun dan ramai lagi pelakon utama siri Arrowverse yang kekal setia. Tetapi tidak bagi Ruby Rose.

Sebab rasmi tidak didedahkan, ketika pengumuman ini dibuat. Ramai sangkakan yang Ruby mempunyai masalah kesihatan. Ini kerana sebelum ini, Ruby Rose pernah menyatakan yang beliau berhadapan dengan penyakit mental dan pernah cuba membunuh diri. Terkini, laporan dari Variety telah mendedahkan yang sebab sebenar kenapa Ruby berhenti berlakon menjadi Batwoman. Jawapannya adalah, masa bekerja yang terlampau lama. Siri TV Arrowverse tidak dinafikan jelas kelihatan leceh dan penat berbanding dengan siri TV Orange Is The New Black yang turut beliau sertai. Batwoman ada banyak aksi, set CGI dan rentas siri lagi – jadi Ruby berkemungkinan besar merasakan bayaran tidak sesuai dengan masa bekerja atau terlampau penat.

Apa-apa pun, The CW mengatakan mereka akan mencari pelakon pengganti dalam kriteria yang sama dengan beliau. Cuma, masih tidak tahu lagi bagaimana mereka akan memperkenalkan pelakon baharu ini memainkan watak Kate Kane/Batwoman. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN