Konsol permainan video Sony PlayStation 4 boleh dikatakan diantara konsol yang terbanyak dijual di pasaran, dan popularitinya boleh dikaitkan kepada tanda harga mampu milik, bersama-sama tajuk permainan eksklusif yang banyak dan juga sokongan pelanggan yang sangat meluas.

Setakat ini, ia dikatakan sebanyak 110 juta buah konsol telah dijual di seluruh dunia, dan untuk menurut permintaan ramai secara global, sebuah kilang Sony yang terletak di bandar Kisarazu kini dilaporkan mampu membina sebuah konsol PlayStation 4 dalam masa 30 saat sahaja.

Laporan Asian Nikkei Report mengatakan bahawa hampir kesemua proses pembinaan konsol tersebut dilakukan menggunakan mesin, dan hanya empat pekerja diperlukan untuk tujuan memasukkan papan induk kedalam barisan proses pembangunan dan pembungkusan konsol tersebut.

Kilang tersebut menggunakan 32 buah robot, dimana 26 daripadanya digunakan untuk kerja-kerja halus seperti memasang wayar, pelekat dan komponen-komponen mudah lentur yang lain.

Kebolehan robot-robot ini memasang komponen-komponen halus tersebut merupakan satu kebanggaan buat Sony kerana ia memerlukan kerja yang banyak untuk membolehkan robot-robot tersebut melakukan kerja-kerja halus tersebut dalam masa yang sangat singkat.

Buat masa ini ia tidak diketahui jika teknologi robot sama ini akan digunakan untuk konsol PlayStation 5 akan datang juga, tetapi kami pasti Sony akan mengubahsuai kilang tersebut untuk menurut permintaan orang ramai untuk konsol generasi akan datang tersebut.

Sohor Kini