Sucker Punch Production dan Sony Interactive Entertainment hari ini mempertontonkan video acah baharu buat permainan Ghost Of Tsushima yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui video acah di atas, ia memperlihatkan watak Jin Sakai bertempur dengan musuh dan bagaimana beliau menjadi seorang “Ghost Of Tsushima”. Namun, dukacitanya video yang diperlihatkan bukanlah daripada bentuk permainan nyata.

Ghost Of Tsushima akan dilancarkan secara rasmi di konsol PlayStation 4 pada 17 Julai 2020 ini. Bagi anda yang berminat, informasi lanjut berkenaan pra-tempahan permainan ini, anda boleh membacanya di sini.

Manakala bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke artikel di bawah.

Sohor Kini