Baru-baru ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan yang mana mereka akan menundakan pelancaran buat permainan Ghost Of Tsushima ke 17 Julai 2020 ini.

Sebelum pengumuman tersebut, mereka juga mengumumkan beberapa edisi permainan yang mana kini boleh dipra-tempah dan mereka tidak berkongsi harga rasmi bagi edisi terhad. Terkini, Sony Interactive Entertainment akhirnya mengumumkan harga rasmi bagi edisi terhad tersebut termasuklah beberapa kandungan bonus tambahan lain.

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Sucker Punch umum bahawa mereka akan sertakan tema khas PlayStation 4 buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan ini.

Menariknya bagi edisi fizikal, Sony kini juga turut mengumumkan rantai pemegang kunci khas Omamori khas Ghost Of Tsushima yang akan turut akan disertakan secara bersama.

Berikut adalah senarai edisi permainan yang anda boleh pra-tempah bersama senarai kandungan yang akan disertakan.

Ghost Of Tsushima Edisi Biasa (Digital)

Edisi pertama yang diumumkan adalah edisi biasa secara digital yang mana ianya boleh dipra-tempah dengan harga bermula RM249 melalui PSN Store. Berikut adalah senarai kandungan disertakan:

  • Permainan Penuh Ghost Of Tsushima
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Avatar Jin
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Muzik Latar Digital
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4 (Boleh terus akses selepas pra-tempah)

Ghost Of Tsushima Edisi Deluxe (Digital)

Edisi seterusnya adalah edisi Deluxe secara digital yang mana juga boleh dipra-tempah melalui PSN Store dengan harga RM299. Ianya akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan termasuklah kandungan bonus pra-tempah iaitu:

  • Permainan Penuh Ghost Of Tsushima
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Avatar Jin
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Muzik Latar Digital
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4 (Boleh terus akses selepas pra-tempah)
  • 1 Nilai “Technique Point”
  • Barangan Charm Of Hachiman’s Favor
  • Kostum “Hero Of Tsushima”
    • Topeng emas
    • Baju perisai
    • Kit pedang
    • Kuda
    • Pelana
  • Buku karya digital oleh Dark Horse
  • Ulasan pengarah bersama sejarawan Jepun berkenaan pembinaan dunia Ghost Of Tsushima
  • Tema Dinamik Khas “Samurai” PlayStation 4

Ghost Of Tsushima Edisi Biasa (Fizikal)

Seperti biasa, Sony Interactive Entertainment juga umum edisi biasa secara fizikal akan dijual apabila ianya dilancarkan kelak di mana anda boleh dapatkannya di mana-mana pengedar rasmi PlayStation dengan harga RM249.

Menariknya, kandungan bonus pra-tempahan juga diumumkan akan tiba melalui baucar khas di dalam permainan tersebut yang mana ia akan menyertakan:

  • Permainan Penuh Ghost Of Tsushima
  • Kod Kandungan Bonus Pra-Tempah: Avatar Jin
  • Kod Kandungan Bonus Pra-Tempah: Muzik Latar Digital
  • Kod Kandungan Bonus Pra-Tempah: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4
  • Rantai Pemegang Kunci Omamori

Ghost Of Tsushima Edisi Terhad (Fizikal)

Bagi edisi pengumpul ataupun edisi terhad buat permainan Ghost Of Tsushima, Sony Interactive Entertainment kini akhirnya mengumumkan yang mana permainan tersebut boelh dipra-tempah dengan harga RM859 dan ianya akan menyertakan pelbagai kandungan secara bersama.

Dari segi kandungan berikut adalah kandungan yang akan disertakan melalui edisi terhad ini:

  • Permainan penuh Ghost Of Tsushima
  • Kod Kandungan Digital: Avatar Jin
  • Kod Kandungan Digital: Muzik Latar
  • Kod Kandungan Digital: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4
  • Topeng Sakai khas
  • Peta kain
  • Sepanduk perang “Sashimono”
  • Kain pembalut “Furoshiki”
  • Bekas besi khas
  • Buku karya seni khas sebanyak 48 muka surat oleh Dark Horse
  • 1 Nilai “Technique Point”
  • Barangan Charm Of Hachiman’s Favor
  • Kostum “Hero Of Tsushima”Topeng emas
    • Baju perisai
    • Kit pedang
    • Kuda
    • Pelana
  • Ulasan pengarah bersama sejarawan Jepun berkenaan pembinaan dunia Ghost Of Tsushima
  • Tema Dinamik Khas “Samurai” PlayStation 4

Bagi anda yang berminat, seperti kami nyatakan di atas, anda boleh mula membuat pra-tempahan permainan ini di mana-mana pengedar rasmi PlayStation dan bagi versi Digital ianya boleh dipra-tempah melalui PSN Store.

Ghost Of Tsushima akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai 2020 ini khas di konsol PlayStation 4.

Sohor Kini