Skip to main content

Bersempena dengan perolehan studio pembangun Insomniac Studio yang dikongsikan oleh kami semalam, permainan Marvel’s Spider-Man yang mana dibangunkan oleh studio tersebut juga dilaporkan telah terjual melebihi 13.2 juta salinan setakat 28 Julai 2019 lepas.

Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan tersebut telah terjual sebanyak 9 juta salinan setakat November 2018 lepas dan kini selang beberapa bulan lepas, permainan tersebut tampaknya dijual dengan baik sekali dengan tambahan 4 juta salinan sekaligus meletakkan permainan tersebut adalah permainan eksklusif Playstation 4 kedua terbaik selepas Uncharted 4: A Thief’s End.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Insomniac Games dan kini memandangkan studio tersebut di bawah naungan Sony Interactive Entertainment, kami percaya mereka pasti akan membawa lebih banyak permainan menarik ke konsol Playstation.

Leave a Reply