Konsol permainan akan datang daripada Microsoft, iaitu Xbox Series X akan tiba dengan pelbagai penambahbaian dari segi kualiti permainan dan teknologi-teknologi yang boleh digunakan oleh para pembangun dan dinikmati oleh pengguna.

Untuk permainan-permainan yang menggunakan pelbagai teknologi ini, seperti Ray-tracing, grafik dengan kadar segar semula 120FPS ataupun 4K 60FPS dan Xbox Velocity Architecture, mereka akan dibenarkan untuk menggunakan lencana “Optimized For Xbox” pada kotak permainan mereka.

Ia boleh digunakan untuk menyatakan bahawa pemain akan mendapat pengalaman permainan terbaik melalui konsol Xbox Series X kerana teknologi-teknologi yang digunakan untuk membangunkan permainan tersebut.

Dengan penggunaan lencana ini juga, Microsoft menjanjikan bahawa semua permainan yang dimainkan akan tiba dengan sokongan resolusi dan kadar segar semua 4K 60FPS.

Diantara permainan-permainan yang disahkan akan menerima lencana Optimized For Xbox ini termasuklah:

  • Assassin’s Creed Valhalla
  • Bright Memory Infinite
  • Call of the Sea
  • Chivalry 2
  • Chorus
  • Cyberpunk 2077
  • Destiny 2
  • DiRT 5
  • FIFA 21
  • Gears 5
  • Halo Infinite
  • Hitman 3
  • Madden NFL 21
  • Marvel’s Avengers
  • Outriders
  • Scarlet Nexus
  • Scorn
  • Second Extinction
  • The Ascent
  • The Medium
  • Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2
  • Yakuza: Like a Dragon

Sohor Kini