Informasi Permainan Video Terkini
Harvest Moon: One World Turut Akan Tiba Di Konsol PlayStation 4 Selain Switch

Harvest Moon: One World Turut Akan Tiba Di Konsol PlayStation 4 Selain Switch

Diterbitkan pada Mei 29, 2020 oleh .

Sebelum ini, Natsume dan Rising Star Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan baharu Harvest Moon: One World buat konsol Switch dan kini, mereka juga turut mengumumkan permainan tersebut turut akan tiba di konsol PlayStation 4.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Harvest Moon: One World merupakan permainan simulasi berkebun seterusnya oleh Natsume dengan enjin permainan dan visual baharu. Menurut pembangun, permainan Harvest Moon ini akan menyertakan lokasi yang lebih meluas disamping akan membawa pengalaman baharu buat genre permainan tersebut.

Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran mahupun sebarang paparan skrin permainan yang diperlihatkan. Namun, berdasarkan rekaan kotak permainan yang dikongsikan, permainan tersebut keliahtan akan mempunyai lokasi yang sangat meluas untuk pemain terokai.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Harvest Moon, ianya adalah siri permainan berkebun yang sangat terkenal sejak era SNES. Akan tetapi, siri Harvest Moon kini tidak lagi dibangunkan oleh pembangun asal sebelum ini dan atas sebab Natsume masih lagi memegang hak intelek untuk nama Harvest Moon, mereka masih lagi melancarkan siri permainan ini dengan nama tersebut.

Bagi anda yang ingin bermain permainan oleh pembangun asal siri Harvest Moon, anda boleh mencari siri Story of Season oleh Marvelous.


TIPS & ULASAN