Sucker Punch Production hari ini mengumumkan yang mana Ghost Of Tsushima iaitu permainan dunia terbuka seterusnya oleh mereka kini siap dibangunkan.
Dengan pengumuman ini, permainan ini kini sedia di dalam pengedaran dan ia akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai 2020 ini khas di konsol PlayStation 4.
Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan permainan ini, kami sebelum ini telah pun melaporkan senarai harga dan versi permainan tersebut di mana informasi lanjut berkenaannya boleh di baca di sini.
Manakala bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke artikel di bawah.