Skip to main content

Ketika acara Guerrila Collective yang berlangsung minggu ini, Metronomik memperlihatkan video acah baharu buat permainan sulung mereka iaitu No Straight Roads yang mana ia memperlihatkan beberapa lokasi baharu dan musuh baharu.

Melalui video di atas, bentuk permainan No Straight Roads diperlihatkan dengan lebih mendalam di mana watak utama MayDay dan Zuke mengembara di dalam bandaray Vinyl City dan bertemu dengan pelbagai jenis watak di dalam dunia tersebut.

Menariknya, permainan ini juga menyertakan beberapa lokasi bandaraya yang pemain boleh terokai dan juga musuh baharu yang diperlihatkan secara rasmi, iaitu Sayu seorang penyanyi idola digital.

No Straight Roads disahkan akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Namun dari segi tarikh pelancarannya, sebelum ini ia ditunda atas sebab wabak Covid-19 dan buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Leave a Reply