No Straight Roads Ditunda Ke Suku Ketiga Tahun Ini

Metronomik dan Sold Out sebelum ini telah mengumumkan yang No Straight Roads akan dikeluarkan pada 30 Jun 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Namun, berdasarkan perkongsian terbaru di Facebook Metronomik, Wan Hazmer iaitu ketua Metronomik mengumumkan akibat masalah yang hadir bersama dengan pandemik Covid-19, mereka terpaksa menunda ke satu tarikh yang diumumkan kemudian, tetapi dijangka pada suku ketiga tahun ini.

Beliau juga mengatakan yang kebanyakan laman akan meletakkan Ogos sebagai tarikh pengeluaran akan tetapi ia bukan satu tarikh yang sebenar. Mereka akan melakukan pengumuman lanjut apabila mempunyai tarikh yang tetap.

Selain mengumumkan tarikh pengeluaran, mereka juga sebelum ini mengumumkan edisi Collector Edition yang antaranya menyertakan Rekod vinly muzik latar permainan yang boleh mula di pra-tempah di pengedar yang terlibat.

Sohor Kini