Skip to main content

Natsume dan Rising Star Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Harvest Moon baharu buat konsol Switch menjelang tahun ini.

Dengan nama Harvest Moon: One World, permainan tersebut seperti biasa akan memfokuskan bentuk simulasi perkebunan namun kali ini, ianya akan menyertakan enjin permainan dan visual grafik baharu.

Menurut Hiro Maekawa iaitu ketua pegawai eksekutif Natsume, permainan Harvest Moon: One World akan memfokuskan bentuk pengembaraan baharu buat siri Harvest Moon yang mana pemain veteran permainan tersebut mahupun pemain baharu pasti akan menyukainya. Beliau juga menyatakan dengan enjin dan visual baharu, permainan ini pasti akan membawa pengalaman baharu buat siri tersebut bagi tahun 2020 ini.

Brjann Sigurgeirsson dari Rising Star Games juga menyatakan yang mana mereka kini sudah bekerjasam bersama Natsume melebihi dua dekat, sekaligus dengan membawa kelainan buat siri ini ianya pasti akan menarik lebih ramai peminat akan permainan tersebut.

Berdasar kenyataan rasmi permainan, ianya kelihatan akan menyertakan bentuk permainan dengan lokasi yang lebih meluas dan seperti biasa, ia akan menyertakan pelbagai jenis tanaman seperti tomato, Strawberi dan juga kubis yang pemain boleh tanam. Mereka juga mengacahkan beberapa nama lokasi permainan tersebut seperti pantai Halo Halo dan bukit bersalji Salmiakki.

Informasi lanjut berkenaannya akan diumumkan kemudian.

Leave a Reply