Tencent minggu ini dilaporkan telah membeli 20% pegangan untuk syarikat pembangun Marvelous dengan harga $65 juta (~RM283 juta) mengembangkan lagi sayap mereka di dalam industri permainan video.

Marvelous terkenal dengan permainan seperti Senran Kagura dan Story of Seasons. Selain itu, mereka juga menerbitkan siri anime seperti Tokyo Ghoul dan Seven Deadly Sins.

Dengan pemilikan ini, Marvelous akan menyertai syarikat seperti Riot Games, Funcom, Supercell dan Epic Games di bawah empayar Tencet.

Sohor Kini