Nampaknya sumer kod untuk sistem operasi konsol Microsoft Xbox telah tertiris ke laman-laman web secara sepenuhnya. Ini termasuklah kod-kod sumber untuk perisian seperti kit pembangunan, pelagak dan kernel sistem operasi tersebut.
Ketirisan kod sistem operasi ini bukanlah sesuatu yang baru. Apabila sebahagiannya tertiris sebelum ini, ia membolehkan mereka yang tahu bagaimana untuk membaca dan memanipulasi kod sumber ini untuk membangunkan perisian pelagak mereka sendiri.
Ini membolehkan mereka menggerakkan permainan-permainan cetak rompak tanpa sebarang masalah dan tanpa perlu risau mengenai konsol mereka rosak atau akaun mereka ditutup oleh Microsoft.
Buat masa ini, ia masih tidak pasti jika komuniti modifikasi konsol boleh memanfaatkan kod sumber yang tertiris ini, seperti optimasi permainan sedia ada dan sebagainya, tetapi kami pasti mereka sudahpun sedang menggodek kod sumber tersebut untuk melihat apa yang boleh digunakan.