Spike Chunsoft hari ini mengumumkan yang mana siri utama permainan Danganronpa iaitu Danganronpa: Trigger Happy Havoc, Danganronpa 2: Goodbye Despair dan Danganronpa V3: Killing Harmony akan dilancarkan di telefon pintar melalui iOS dan Android.
Menurut pembangun, permainan versi permua ini akan menyertakan paparan antaramuka baharu bersama dengan sokongan khas kawalan secara skrin sesentuh dan juga fungsi galeri. Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.
Pengumuman ini dilakukan bersempena dengan ulang tahun ke-10 buat siri tersebut yang mana pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan akan terdapat beberapa lagi pengumuman lain kelak termasuklah acara penstriman khas langsung yang akan diadakan Mei ini di saluran rasmi Youtube Spike Chunsoft.
Selain itu, Spike Chunsoft juga melancarkan laman khas bersama video acah khas yang memperlihatkan sejarah pelancaran permainan tersebut mengikut tahun. Bagi anda yang ingin menonton video tersebut, anda boleh tontonnya di bawah.
Juga pada masa yang sama, mereka juga umum acara khas bersama permua Identity V akan diadakan kelak. Video acah acara kolaborasi tersebut boleh ditonton di sini.
Kami akan kemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.