Informasi Permainan Video Terkini
Filem Animasi The Legend of Ancient Borneo Buatan Tempatan Boleh Ditonton Di YouTube

Filem Animasi The Legend of Ancient Borneo Buatan Tempatan Boleh Ditonton Di YouTube

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai dan majmuk, jadi tidak hairanlah jika kita mempunyai filem dan siri televisyen daripada pelbagai budaya ini.

Baru-baru ini, sebuah filem animasi ringkas yang bernama Legend of Ancient Borneo telah diterbitkan di laman YouTube dibawah saluran All For One Productions Sdn Bhd.

Legend of Ancient Borneo ialah sebuah filem animasi ringkas yang berdasarkan webcomic oleh Kwan Thung Seng @ Aks Kwan dan Robertson Sondoh Jr dan dianimasikan secara sepenuhnya di Sabah.

Penceritaan filem Legend of Ancient Borneo mungkin berdasarkan dongeng, tetapi apa yang membuatkan ia menarik ialah penggunaan Bahasa Kadazan dan juga latar belakang watak yang berdasarkan suku-suku kaum rakyat Negeri Di Bawah Bayu.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Legend of Ancient Borneo ini boleh ditonton di laman YouTube secara percuma.


TIPS & ULASAN