Informasi Permainan Video Terkini
Wanita Jepun Berumur 90 Tahun Dinobatkan Penstrim Permainan Tertua Di Dunia

Wanita Jepun Berumur 90 Tahun Dinobatkan Penstrim Permainan Tertua Di Dunia

Diterbitkan pada Mei 19, 2020 oleh .

Di zaman yang moden ini, sesiapa sahaja boleh bermain permainan video dan permainan komputer, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa seorang wanita dari Jepun, Hamako Mori telah dinobatkan sebagai penstrim permainan yang tertua di dunia pada umur 90 tahun oleh Guiness World Records.

Hamako Mori yang lahir pada 18 Februari 1930 mula berjinak dengan dunia permainan sejak 1981, dan mempunyai laman YouTubenya sendiri yang dinamakan Gamer Grandma. Beliau biasanya memuat-naik video setiap bulan dimana dia bermain permainan seperti Resident Evil 3, Final Fantasy VII: Remake dan Grand Theft Auto V.

Baru-baru ini, beliau telah memuat-naik sebuah video yang mengatakan bahawa Guiness Book of Records telah mengiktiraf beliau sebagai penstrim permainan tertua di dunia.

Menariknya, diantara permainan yang disukai beliau ialah Grand Theft Auto V, dimana dia mengatakan ia permainan yang sangat menarik dan susah untuk diletakkan apabila dia mula bermainnya.

Koleksi permainan juga cukup besar kerana sejarah gamingnya yang bermula sejak 1981, dan telah mengumpul permainan-permainan seperti Super Mario dan sebagainya.


TIPS & ULASAN