Pada 13 Mei lepas, musim baharu untuk PUBG Mobile bermula dan bersamanya mereka membawa Royale Pass baharu bersama dengan pelbagai kostum serta barangan yang menggunakan tema “Toy Playground” ataupun seakan kostum Power Rangers.

Pemilik Royale Pass boleh memilih di antara Ice Ranger ataupun Fire Ranger di tahap ke-50 dan mendapat set Ultra Defender di tahap ke-100. Terdapat juga pelbagai cabaran untuk mendapatkan barangan-barangan lain.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk peranti pintar iOS dan juga Android.

Sohor Kini