Informasi Permainan Video Terkini
Valve Menamatkan Sokongan SteamVR Untuk Platform MacOS
PC

Valve Menamatkan Sokongan SteamVR Untuk Platform MacOS

Diterbitkan pada Mei 5, 2020 oleh .

Pada tahun 2018, Valve telah mengumumkan kerjasama bersama-sama Apple untuk membangunkan platform realiti maya SteamVR untuk platform MacOS. Pada waktu itu, ia dilihat sebagai komitmen Apple kepada platform tersebut yang sedang membangun dengan pesat.

Terkini, Valve telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan rasmi SteamVR untuk platform tersebut untuk memfokuskan tenaga kerja kepada platform-platform lain seperti Windows dan Linux.

Walaupun begitu, pengguna realiti maya masih boleh mengakses aplikasi realiti maya SteamVR melalui sokongan legasi yang boleh diakses didalam menu tetapan SteamVR dan memasuki bahagian “Betas”.


TIPS & ULASAN