Xbox Game Pass Kini Mempunyai 10 Juta Pelanggan Aktif

Perkhidmatan langganan permainan atas-talian Xbox Game Pass oleh Microsoft memberikan pengguna-pengguna konsol permainan Xbox akses kepada beratus-ratus permainan mereka setiap bulan untuk yuran sebanyak $9.99 sebulan, $4.99 sebulan untuk versi PC dan $14.99 untuk kedua-duanya.

Terkini, Microsoft telah melaporkan bahawa Xbox Game Pass mempunyai 10 juta pelanggan berbayar, disamping 90 juta pengguna aktif di platform atas-talian Xbox Live mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut untuk bermain dengan rakan-rakan secara atas talian.

Apa yang menarik lagi, Project xCloud, perkhidmatan penstriman permainan video awanan mereka juga memperlihatkan beberapa ratus ribu pengguna aktif di 7 negara di seluruh dunia menguji platform tersebut setiap hari.

Statistik-statistik yang diumumkan oleh Microsoft mengenai platform Xbox mereka cukup menarik, tetapi sayangnya mereka tidak melancarkan platform-platform tersebut secara rasmi di rantau ini.

Sohor Kini