Microsoft hari ini mengumumkan yang mana permainan Red Dead Redemption 2 akan tiba di langganan Xbox Game Pass di konsol Xbox ONe bermula 7 Mei 2020 ini.

Menurut Microsoft, dengan tibanya permainan ini di langgan Xbox Game Pass, pemain bukan sahaja berupaya untuk bermain mod penceritaan solo malah mempunyai akses untuk permainan multi-pemain Red Dead Online.

Bagi anda yang berminat, permainan tersebut juga kini boleh dipra-muat terus ke konsol, iaitu sekitar 2 minggu awal atas sebab saiz permainan tersebut yang sangat besar. Kami juga sebelum ini telah pun mengulas permainan tersebut yang mana anda boleh membacanya di bawah.

Pada masa yang sama, Microsoft juga mengumumkan yang mana Grand Theft Auto V yang tiba di langganan Xbox Game Pass awal tahun ini, akan meninggalkan langganan tersebut dan bagi mereka yang ingin terus memiliki permainan tersebut, anda boleh membelinya dengan diskaun sebanyak 20% bagi pelanggan Xbox Game Pass.

Langganan Xbox Game Pass semestinya menjadi semakin berbaloi yang mana ianya menyediakan lebih dari 100 permainan dari pelbagai penerbit yang anda boleh mainkan dengan hanya harga langganan serendah $9.99(~RM43) sebulan sahaja. Selain itu, anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan tersebut bersama Xbox Live Gold dan Xbox Game Pass di PC melalui Xbox Game Pass Ultimate yang berharga $14.99(~RM65) sebulan.

Sohor Kini