Jika anda adalah pelanggan Xbox Game Pass di konsol Xbox One, anda mungkin berminat untuk bermain salah satu permainan terlaku di konsol generasi ini iaitu Grand Theft Auto V yang mana ianya kini akhirnya tiba secara rasmi di langganan Xbox Game Pass tersebut.

Buat masa ini langganan ini hanya tiba di Xbox Game Pass bagi versi konsol sahaja dan permainan ini juga akan menyertakan permainan Grand Theft Auto Online iaitu permainan atas-talian berdasarkan dunia Grand Theft Auto V. Namun seperti biasa, untuk akses permainan atas-talian anda perlulah mempunyai langganan Xbox Live Gold.

Langganan Xbox Game Pass semestinya menjadi semakin berbaloi yang mana ianya menyediakan lebih dari 100 permainan dari pelbagai penerbit yang anda boleh mainkan dengan hanya harga langganan serendah $9.99(~RM42) sebulan sahaja. Selain itu, anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan tersebut bersama Xbox Live Gold dan Xbox Game Pass di PC melalui Xbox Game Pass Ultimate yang berharga $14.99(~RM62) sebulan.

Menariknya juga, dengan pengumuman pelbagai lagi permainan lain akan tiba di servis langganan tersebut seperti siri Yakuza dan Final Fantasy, semestinya membuatkan langganan ini berbaloi buat mereka yang tidak ingin membeli permainan-permainan secara berasingan.

Leave a Reply