Informasi Permainan Video Terkini
Hasil Jualan Permainan Video Global Pada Bulan Mac Dilaporkan Sebanyak $10 Bilion

Hasil Jualan Permainan Video Global Pada Bulan Mac Dilaporkan Sebanyak $10 Bilion

Diterbitkan pada Apr 23, 2020 oleh .

Sejak wabak pandemik COVID-19 ini menjadi masalah global, industri permainan video dikatakan salah satu daripada beberapa industri yang melihat peningkatan dari segi permintaan dan jualan di seluruh dunia.

Laporan Nielsen SuperData mengatakan bahawa pada mulan Mac 2020 sahaja, hasil jualan permainan video, termasuklah konsol dan perisian permainan adalah pada tahap $10 bilion (~RM42 bilion) di seluruh dunia.

Melalui perisian permainan sahaja, diantara permainan-permainan popular yang dijual pada bulan lepas termasuklah permainan Nintendo Switch Animal Crossing, dimana 5 juta salinan telah dijual, Doom Eternal sebanyak 3 juta salinan sejak ia dilancarkan.

Final Fantasy VII Remake tidak termasuk didalam data ini, tetapi sejak ia dilancarkan pada pertengahan bulan ini, sebanyak 3.5 juta salinan telah terjual pada tiga hari pertama keluaran permainan tersebut.

Permainan percuma Call of Duty: Warzone juga memperlihatkan jumlah pengguna aktif seramai 63 juta pengguna aktif, dan ramai daripada para pemain tersebut dilihat membeli aksesori kosmetik menggunakan wang sebenar didalam permainan tersebut.

Perbelanjaan untuk permainan konsol meningkat 64 peratus berbanding dengan bulan sebelumnya, dari $883 juta ke $1.5 bilion, manakala perbelanjaan untuk permainan komputer meningkat 56 peratus dari $363 juta ke $567 juta.

Laporan tersebut juga memperlihatkan peningkatan perbelanjaan drastik untuk industri permua. Pada bulan Mac 2020 sahaja, hasil jualan tahun-ke-tahun untuk industri tersebut meningkat sehingga $5.8 bilion, menjadikannya industri yang sangat lumayan.


TIPS & ULASAN